JADUAL
PENGGUNAAN CD :
MASA | BILANGAN CD |
7AM – 10 AM | 1 INSERT |
10AM – 1 PM | 1 INSERT |
1PM – 4 PM | 1 INSERT |
4PM – 7PM | 1 INSERT |
7PM – 12PM | 2 INSERT |
12PM – 7AM | 2 INSERT |
Jumlah
penggunaan sehari adalah 6 poket CD & 8 insert sehari .
Walaubagaimanapun penggunaan bergantung kepada kekerapan bayi
membuang air kecil dan besar.
(Sesuai untuk bayi yang berusia 2 bulan ke atas)
*Untuk bayi berusia 2 bulan ke bawah, tukarkan CD 2-3 jam sekali
(Sesuai untuk bayi yang berusia 2 bulan ke atas)
*Untuk bayi berusia 2 bulan ke bawah, tukarkan CD 2-3 jam sekali
CARA
MEMBASUH CD :
1. Bagi
CD yang baru, prewash 2-3 kali sebelum guna.
(Prewash
= Basuh, then bilas, then jemur sampai kering)
2. Untuk
basuh CD yang telah digunakan, semburkan air ke atas inner dan cover
yang terkena najis dan buang semua najis ke dalam mangkuk tandas,
bilas sehingga hilang bau.
3. Masukkan
CD ke dalam baldi untuk sesi basuhan.
4. Semasa
sesi basuhan, masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.
5. Gunakan
laundry net untuk menjaga jahitan CD.
6. Kemudian
jemur seperti biasa. Paling baik di bawah cahaya matahari kerana
kesan kuning akan hilang dengan sendirinya.
7. Selepas
kering, angkat dan masukkan insert ke dalam cd pocket untuk
memudahkan pemakaian selepas itu.
STRIP WASH
( Strip wash ini hanya boleh dilakukan sekali-sekala)
( Strip wash ini hanya boleh dilakukan sekali-sekala)
1.
Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni
terjadi kerana lapisan minyak terkumpul dipermukaan insert.
2. Basuh CD menggunakan sabun pencuci pinggan. Cth : sunlight.
3. Letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyehkan.
4. Bilas dan masukkan kedalam mesin utk dicuci.
2. Basuh CD menggunakan sabun pencuci pinggan. Cth : sunlight.
3. Letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyehkan.
4. Bilas dan masukkan kedalam mesin utk dicuci.
5. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat (untuk memutihkan insert)
6. Apabila strip wash di lakukan, kemungkinan masalah leaking dapat diatasi.
Anggran penggunaan CD ialah 20 keping. Cuma basuh 3 hari sekali..
HARI | JUMLAH CD BERSIH | JUMLAH USED CD | STATUS BASUHAN CD |
PERTAMA | 20 | 6 | 6 |
KEDUA | 14 | 6 | 12 |
KETIGA | 8 | 6 | 18 |
PETUA-PETUA
- Anda boleh menggunakan
cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk
menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada.
Andaikata CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam
baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan
tidak boleh lebih dari 3 hari
- Bagi insert pula, sekiranya sudah lama
digunakan dan nampak kekuningan, boleh perahkan limau nipis pada
insert yang basah dan tinggalkan seketika sebelum dibasuh, ataupun
boleh campurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian
dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi
JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL
(material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan
kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila
dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh
berulang kali. Matahari juga adalah peluntur yang terbaik.
- Sebulan sekali, lakukan
'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar
'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal
minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih
supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.
- Biasanya apabila CD
sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang
menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya
'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau
mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.
- Pastikan CD dan insert dijemur di bawah matahari untuk memastikan ianya kering dengan baik.